Tuesday 11 August 2015

Kebaikan vitamin C & vitamin E

Assalamualaikum..


Entri sebelumni fiqah ada kongsi testimoni vitamin C & vitamin E. Entri kali ni fiqah nak cerita sikit kebaikan vitamin C & vitamin E untuk kulit ;



-------------------------------------------------

Kebaikan Vitamin C untuk Kulit

-------------------------------------------------


1. Meremajakan Kulit


Kulit akan menjadi lebih cerah dan bersih dengan vitamin C kerana vitamin C mampu merangsang pembentukan kolagen. Kolagen berperanan aktif untuk meregenerasi kulit. Kedutan dan garis halus pada kulit anda dapat dihilangkan dengan vitamin C. Oleh itu, mengambil vitamin C setiap hari adalah tindakan tepat.



2. Menangkis Radikal Bebas


Vitamin C mampu menangkis panas sinar matahari, membuatkan kulit anda tetap segar. Selain itu, radikal bebas pun dapat ditangkis sehingga anda yang terkena pencemaran udara atau asap tetap akan mempunyai kulit yang sihat dan cantik jika rajin mengamalkan vitamin C.



3. Sebagai penahan air


Untuk anda yang mempunyai kulit kering, sebaiknya mengambil vitamin C secara rutin kerana vitamin C mampu menahan air sehingga kulit anda tetap lembab. Untuk mendapatkan hasil yang terbaik, sebaiknya makan buah dan sayur yang mengandungi vitamin C kerana kandungannya yang seimbang dengan air.



------------------------------------------------

Kebaikan vitamin E untuk kulit

------------------------------------------------



1. Melambatkan proses kedutan 

Kulit akan mula berkedut kerana faktor usia & radikal bebas seperti pencemaran. Tahukah anda bahawa proses kedutan boleh dilambatkan dengan penggunaan Vitamin E?

Menurut buku "Healing with Vitamins: the Most Effective Vitamin and Mineral Treatments for Everyday Health Problems and Serious Disease", Vitamin E menghalang pembentukan kedutan dengan mengurangkan serangan radikal bebas. Vitamin E akan menggalakkan penghasilan kolagen, sejenis tisu penyambung pada kulit yang menegangkan kulit serta menjadikannya elastik. Ia mengurangkan kedutan dengan mengalakkan dan mempercepatkan pembinaan sel baru. 







2. Melembapkan kulit.


Kulit yang sering terkena cahaya matahari & radikal bebas akan mudah kering. Apabila kulit terlalu kering, banyak kesan negatif boleh terjadi termasuklah ekzema dan gatal-gatal. Vitamin E mampu mengembalikan kelembapan pada kulit dan kesan yang baik dapat diperolehi jika pengguna menyapu minyak ini pada waktu malam. Ini kerana proses penyerapan Vitamin E akan menjadi lebih efektif. 



3. Mengurangkan kesan parut.

Parut terutamanya pada kawasan muka akan mengurangkan keyakinan diri. Vitamin E mampu mengurangkan kesan parut kerana ia terus menyerap ke dalam kulit dan menghalang serangan radikal bebas. Mengapa serangan radikal bebas tidak baik untuk parut? Ia menghalang penyembuhan parut sekaligus melambatkan parut hilang. 


4. Mengurangkan tompok coklat

Tompok coklat selalu kelihatan pada mereka yang telah berusia. Ia terjadi disebabkan oleh faktor umur, serangan radikal bebas (pencemaran dan pemakanan), serta fungsi hati yang kurang baik. Vitamin E mengurangkan serangan radikal bebas dan mengurangkan tompok coklat. Apabila minyak Vitamin E disapu pada tompok coklat, ia akan melembabkan membran sel dan menggalakkan penghasilan sel baru.






Teruja tak bila dah tahu kebaikan vitamin C & vitamin E ni untuk kulit? Haaa..cepat2 rasai kebaikannya..fiqah dah cuba & sangat berpuas hati..kulit muka tak berminyak walaupun jarang2 je cuci muka..hehe..


Macam mana nak dapatkan vitamin C & vitamin E ni? Hubungi fiqah ;




                                             Nurul Afiqah

                                  Whatsapp 014 241 0755

                              Telegram/sms 013 960 6954

                    COD : Sg petani,kedah / penanti, p.pinang



 

2 comments:

  1. Setiap orang memang sangat perlukan vitamin C yer...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye..sebab badan kita tak boleh hasilkan vit c sendiri .

      Delete