Saturday 1 August 2015

kepentingan asid folik pada kandungan


Assalamualaikum.. 

Tengah buat apa tu? hujung minggu macam ni, mesti ada yang keluar jalan2 dengan keluarga kan? Malamni fiqah duk rumah je, luangkan masa dengan suami dan anak2 kat rumah. Petang tadi dah bawak anak2 keluar shopping sikit, lepas tu makan2.

Malamni fiqah nak share sikit pasal asid folik. Maklumla, sekarang ni ramai pulak kawan2 fiqah yang pregnant. Alhamdulillah, tumpang gembira dengan berita tu. 

Ramai ibu2 & bakal ibu yang masih tak tahu @ tak mengambil berat kepentingan asid folik semasa hamil. Kenapa acid folik PENTING? Asid folik menolong melindungi bayi dalam kandungan daripada kecacatan dalam sistem sarafnya (kecacatan tiub neural) seperti spina bifida.

Spina bifida berlaku apabila pelindung yang melitupi saraf tunjang bayi tidak tertutup dengan sempurna. Ini boleh menyebabkan kerosakan saraf kekal.
Dalam masa 12 minggu pertama kehamilan, otak dan sistem saraf bayi terbentuk dan berkembang dengan pesat. Oleh sebab itu, adalah sangat penting untuk mengambil asid folik setiap hari pada masa itu.

Dalam trimester kedua, iaitu dari minggu ke-13 kehamilan, anda sudah boleh berhenti mengambil asid folik. Namun, jika anda terus mengambil asid folik sepanjang kehamilan, ia tidak akan menjejaskan kesihatan anda ataupun bayi anda. .

fiqah amalkan vitamin b complex with folic acid dari shaklee sejak sebelum hamil & sepanjang kehamilan. Alhamdulillah, dah selamat keluar pon baby yang sihat sempurna. Syukur sangat.

Jom tengok apa fungsi vitamin B Complex dari Shaklee?
1. Menghasilkan tenaga dan berperanan dalam membantu kemampuan berfikir.
2. Mengelakkan penyakit beri-beri.
3. Merangsang pertumbuhan pada kanak-kanak.
4. Diperlukan untuk kesihatan mata, kulit, kuku dan rambut.
5. Penting untuk sirkulasi dan fungsi normal sistem saraf.
6. Mencegah stress.
7. Menguatkan antibodi tubuh.
8. Amat penting untuk aktiviti sel genetik.
9. Diperlukan dalam pembentukan protein asid amino.
10.Diperlukan untuk memproses sel-sel darah merah.
11. Mencegah anemia.
Banyak kan fungsi vitamin b complex ni? fiqah sarankan kawan2 terutama yang sedang hamil untuk cuba vitamin b complex dari shaklee ni. Yang tak hamil pon boleh sangat2 kalau nak makan b complex ni. Boleh bekalkan tenaga segera dan bantu mengatasi stress.

ok lah, setakat ni dulu untuk malamni. Anak syurga dah minta dilayan.hehe. Jaga diri dan baby dalam perut elok2 ye. Semoga diberikan kesihatan yang baik sepanjang kehamilan. Salam sayang dari fiqah dan baby iman. Assalamualaikum, selamat malam :)

Bagi yang berminat nak dapatkan vitamin b complex with folic acid ni, boleh hubungi :

                                                              Nurul Afiqah
                                                                ID 1147197
                                                    Whatsapp 014 241 0755
                                               Telegram/sms 013 960 6954
                                                                


3 comments:

  1. Ingat lagi masa TTC dulu.2 tahun gak kak TTC...masa tu ada la g jumpe doctor..nasihat doctor, 6 bulan sebelum kita plan utk hamil, MESTI amek folic acid utk sediakan rahim yang sesuai untuk janin..sekarang mmg hari2 amek b complex+folic acid ni..dah suka sgt2 banyak kelebihannya

    ReplyDelete
    Replies
    1. alhamdulillah..fiqah pon ambik b complex+folic acid beberapa bulan sebelum pregnant lagi..sampai skrg dh habis pantang pon ambik lagi..ingat masa mula2 posting bulan 4 tahun 2014,stress nak handle budak2.hehe. setiap hari stress.lepas ambik b complex baru rasa boleh kawal emosi & kurang dah stress.

      Delete
    2. alhmdulillah..asbab untuk kita berikhtiar ke arah kesihatan emosi yang lebih baik

      Delete